BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 26 December 2011

NASIB SAFEE SALI DIKETAHUI HARI INI


“Segala galanya akan terjawab, jadi tunggu sahaja esok (hari ini).
Demikian respon Safee Sali mengenai isu ISL di Indonesia. Nasib penyerang Harimau Malaya, Safee Sali bakal diketahui hari ini yang dijadualkan mengadakan satu sidang media khas di Kuala Lumpur petang ini.. Dari itu,penyerang kebangsaan itu, mengambil sikap ‘mengunci mulut’ mengenai masa depannya bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya.
Masa depan Safee bersama kelab Pelita Jaya mendapat perhatian meluas media dan pemerhati bola sepak tempatan selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan mengharamkan saingan Liga Super Indonesia (ISL) baru-baru ini.
Biarpun kesahihan laporan mengenai perkara itu masih belum dapat ditentukan, ia sedikit sebanyak meresahkan jutaan peminat bola sepak tempatan yang bimbang mengenai nasib Safee.
Situasi itu tercetus gara-gara saingan Liga Super Indonesia (ISL) dilaporkan telah diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini.
Biarpun kesahihan laporan mengenai perkara itu masih belum mencapai kata putus, ia sedikit sebanyak meresahkan jutaan peminat bola sepak tempatan yang khuatir mengenai nasib Safee yang dikhabarkan tidak layak beraksi bersama pasukan kebangsaan sekiranya benar ISL diharamkan.
Mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’, penyerang kelahiran Kajang, Selangor berusia 28 tahun tersebut enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sambil memberitahu segala-galanya akan diperincikan dalam satu sidang akhbar khas yang akan diadakan di ibu negara pukul 1 petang ini.
Teka-teki mengenai masa depan Safee mula menimbulkan tanda tanya setelah sumber dari laporan portal berita akhbar Republika Indonesia kelmarin melaporkan mengenai surat pengharaman ISL yang dikeluarkan oleh FIFA kepada Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Ariffin Husin.
Disebabkan itu, Safee dikhabarkan mahu membincangkan masa depannya bersama pihak pengurusan Pelita Jaya, selain tidak menolak kemungkinan mencuba nasib beraksi di Liga Belgium atau Liga Australia selepas ini jika isu itu gagal diselesaikan PSSI.
Ekoran itu, pengurus peribadi Safee, Zakaria Abdul Rahim yang dipetik daripada laporan akhbar sebelum ini pantas tampil memberikan penjelasan bahawa ISL tidak diharamkan dan karier Safee masih selamat.
Namun, pada masa sama beliau mengakui kesal laporan itu telah disalah faham dan akan mengadakan sidang akhbar khas di ibu negara hari ini berhubung perkara itu.

0 comments: