BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 25 December 2011

KEJUTAN!!!!! JOHOR MENEWASKAN YOUNG LIONS



Pasukan yang bakal menyertai kembali Liga Super Malaysia musim hadapan dari Singapura yang diberi nama Lion XII tunduk kepada pasukan yang bakal menyertai Liga Perdana iaitu Johor dalam satu perlawanan persahabatan semalam.
Johor membuka tirai jaringan seawal minit ke 15 menerusi bekas pemain Pahang, Munir Amran . Johor melebarkan kedudukan tiga minit selepas itu menerusi Fauzi Kassim untuk Johor selesa mendahului 2-0.
Tersentak dengan jaringan itu, Lion XII merapatkan kedudukan menerusi jaringan Isa Halim pada minit ke 30. Lion XII kembali menyamakan kedudukan pada minit ke 38 menerusi ketua pasukan Sharil Ishak. Namun Johor kembali didepan 4 minit sebelum separuh masa pertama tamat sekali lagi menerusi Fauzi Kasim.
Bersambung babak kedua, kedua dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menjaringkan sebarang gol untuk Johor menewaskan Lion XII-Singapore dengan keputusan 3-2.
Dalam satu lagi perlawanan, Perak yang mengadakan sesi latihan dan perlawanan di Indonesia menewaskan pasukan Liga Perdana Indonesia iaitu PSMS Medan dengan keputusan 1-0.
Sementara itu, Selangor yang menewaskan Johor 4-1 dalam perlawanan persahabatan pra musim sebelum ini, tewas 0-2 kepada satu lagi pasukan dari Johor iaitu Johor FC.
Zambri Chin dan Haris Safwan menjadi penjaring Johor FC dalam perlawanan persahabatan yang dilangsungkan di stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang Jumaat lalu.

0 comments: