BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 6 December 2011

BADROL BAKHTIAR KE PELITA JAYA ??


 BADROL KE 


                          PELITA JAYA.......   
Selepas tamatnya temasya sukan sea, yang menyaksikan skuad bola sepak kebangsaan mempertahankan pingat emas bola sepak, banyak kelab dari negara tuan rumah tertarik dengan pemain Malaysia. Antaranya adalah kapten skuad bawah 23 tahun kebangsaan di sukan sea iaitu Baddrol Bakhtiar.
Baddrol Bakhtiar,23, telah berjaya menarik perhatian kelab liga super Indonesia, Pelita Jaya FC, untuk menawarkan anak muda kelahiran Sungai Petani, Kedah itu peluang beraksi di sana bersama penyerang kebangsaan Safee Sali.
Safee Sali sendiri telah menasihati dan memberi kata-kata positif kepada Baddrol Bakhtiar mengenai peluang bermain bersama pasukan luar negara. Beliau berkata tawaran seperti itu sememangnya dinanti-nantikannya kerana mahu menimba pengalaman baru selain mahu meningkatkan mutu permainan.
Tonggak utama pasukan Kedah itu, berharap Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) akan mempertimbangkan hasratnya untuk menyertai kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.
Baddrol yang masih mempunyai kontrak setahun lagi bersama skuad Kenari sehingga hujung tahun depan, berkata beliau ingin mengikut jejak langkah Safee Sali yang dilihat semakin menempa nama di Indonesia.
Menurut Baddrol Bakhtiar lagi, beliau sudah pun mengadakan perbincangan dengan KFA mengenai perkara ini kerana tawaran yang diterima dari kelab tersebut hanya dalam bentuk lisan.
“Namun segala keputusan akan dibuat sekurang-kurangnya sehari dua lagi dan saya menyerahkan perkara ini kepada pihak pengurusan (KFA) untuk mempertimbangkan peluang ini,”
“Ia memang merupakan tawaran yang terbaik bagi saya untuk mengembangkan pengalaman dan saya telah mendapat nasihat daripada Safee. Banyak kata-kata positif yang dia berikan kepada saya untuk beraksi bersama pasukan luar negara,” katanya.
Sungguhpun begitu, beliau tidak menolak sekiranya masih beraksi dengan pasukan Kedah musim depan, dan mahu membantu Kedah menduduki kelompok lima terbaik dalam Liga Super dan sekurang-kurangnya merangkul satu piala pada Liga M musim hadapan sekiranya kekal bersama skuad Kenari musim depan.
Selain Baddrol, beberapa pemain skuad kebangsaan yang beraksi di sukan sea, turut dikatakan menarik minat kelab disana, antaranya Khairul Fahmi Che Mat yang turut dikaitkan dengan Pelita Jaya. Safiq Rahim dan juga Farizal Marlias bagi skuad seni

0 comments: