BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 24 December 2011

9 pemain import tidak lulus beramain liga malaysia 2012

Liga Malaysia musim hadapan pastinya akan kembali sengit dan menarik dengan kembalinya tonggak import ke pasukan negeri. Setiap pasukan negeri boleh mengambil sekurang-kurangnya 2 pemain import yang dibenarkan F.A.M.
Dan pada ketika ini, setiap pasukan sudah pun menemui pemain import yang diperlukan untuk memperkuatkan pasukan musim hadapan. Beberapa perlawanan persahabatan Pra Musim juga giat dijalankan.
Namun dalam keghairahan mencari pemain import ini, hari ini timbul pula isu mengenai beberapa pemain import yang didaftarkan baru-baru ini, didakwa TIDAK LULUS untuk dilepaskan bermain bersama skuad masing-masing dalam Liga Malaysia 2012.
Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM di dalam mesyuaratnya pada hari ini, Khamis 22 Disember 2011 telah menimbangkan permohonan 35 orang Pemain Pemain Asing dari Persatuan dan Kelab-kelab yang bertanding di dalam Liga Super dan Liga Premier.
Jawatankuasa telah membuat keputusan bahawa daripada jumlah tersebut, 26 pemain telah diluluskan, termasuk empat diluluskan bersyarat sehingga sijil ITC (International Transfer Certificate) diterima.
Dua permohonan telah ditarik balik. Jawatankuasa Juga membuat keputusan tidak meluluskan permohonan tujuh pemain atas sebab-sebab tidak memenuhi syarat-syarat FAM (syarat-syarat FIFA yang digunapakai oleh FAM).
Pemain ini gagal melepasi syarat asas pemain import Liga Malaysia 2012 iaitu status pemain ketika bersama kelab terakhir yang diwakili mereka. Sebagai contoh, Pemain import yang berasal dari negara ASIA, mestilah bermain di kelab Divisyen 1 sebelum menyertai pasukan Liga Malaysia.
Manakala bagi pasukan dari Eropah dan Amerika Selatan pemain mestilah sekurang-kurangnya daripada Devisyen 2. Status ini ditentukan oleh kelab terakhir yang disertai oleh pemain.
Sebagai contoh, pemain import Johor, Richard Offiong yang bermain di Conference North League di England. Di England liga divesyen utama adalah Liga Perdana Inggeris, devisyen kedua adalah Liga Kejuaraan – sedangkan pasukan yang terakhir diwakilinya adalah Blyth Spartans yang bermain di Conference North–untuk kepastian dan lihat dimana beliau bermain lihat SINI
Satu lagi contoh adalah pemain Johor FC iaitu Tiago Lima Leal yang berasal dari Brazil. Kelab terakhir diwakilinya Oeste Futebol Clube bermain di Serie D di liga Brazil. Iaitu devisyen ke 4 di Brazil.
9 pemain import yang TIDAK LULUS untuk bermain di Liga M 2012
1.Oladimeji Mathew Talabi (NS Betaria)
2.Richard Offiong (Johor)
3.Tito Fernando Da Silva Pinto (Johor FC)
4.Tiago Lima Leal (Johor FC)
5.Bianchi Parades Santiago (Felda United)
6.Marquen Nuquen Goncalves (N.Sembilan)
7.Sergey Ivanov (Pahang)
8.Helmi Loussaief (PKNS)
9.Tercio Nunes Machado (Terengganu)
Senarai 26 Pemain Import Yang LULUS bermain Liga Malaysia 2012
1. Marlon James (ATM) LULUS
2. Bruno Sebastian Martelotto (ATM) LULUS
3. Esseh Sodjine Sougan Adah (Johor FC) LULUS
4. Daniel Soares Neves (Kedah) BERSYARAT
5. Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo (Kedah) LULUS
6. Mohamad Ghaddar (Kelantan) LULUS
7. Dennis Agayare (Kelantan) LULUS
8. Emmanuel Ayaah Okine (Kelantan) LULUS
9. Patrick Ronaldinho (KL Sime Darby FC) LULUS
10. Sengbah Kennedy (KL Sime Darby FC) LULUS
11. Carlos Alberto Madeo (Negeri Sembilan) LULUS
12. Effa Owona Jean Emmanuel (Negeri Sembilan) LULUS
13. Nana Agyei Yaw (Pahang) LULUS
14. Lazar Popovic (Perak) LULUS
15. Michal Kubala (Perak) LULUS
16. Brendan Gan (Sabah) LULUS
17. Michael William Baird (Sabah) LULUS
18. Guy Bwele (Sarawak) LULUS
19. Kalle Sone Mause (Sarawak) LULUS
20. Ramez Dayoub (Selangor) LULUS
21. Mbele Lelo (Selangor) BERSYARAT
22. Zacharia Simukonda (Terengganu PBDKT/TTeam) LULUS
23. Bojan Petric (Terengganu PBDKT/TTeam) LULUS
24. Muhamadou Sumareh (Terengganu) LULUS
25. Evans Chusilo (MP Muar) BERSYARAT
26. Christian Contes (Perlis) BERSYARAT


Namun segala perbincangan sama ada kelonggaraan akan diberikan atau tidak bergantung kepada badan induk bola sepak Malaysia F.A.M.


walau ape pon johorfc tetap terbaek...!!!!!


0 comments: