BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 1 January 2012

PEARCH FC MENGGANTIKAN HARIMAU MUDA B PADA PIALA FA




Kelab dari Kemboja Preach Khan Reach FC, akan menggantikan Harimau Muda B (skuad bawah 19 tahun kebangsaan) bagi aksi Piala FA Malaysia musim depan, demikian diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pengerusi jawatankuasa tersebut Datuk Hamidin Mohd Amin berkata keputusan itu memandangkan Harimau Muda B akan terbabit dalam dua kejohanan jemputan serantau iaitu Kejohanan Tiga Penjuru di Singapura dari 17-21 Feb dan Kejohanan Piala Hassanal Bolkiah di Brunei dari 25 Feb hingga 5 Mac.
Pasukan Kemboja itu hanya menggantikan Harimau Muda B untuk saingan Piala FA sahaja dan akan menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai stadium utama mereka. Kelab ini merupakan Juara Piala FA Kemboja musim lalu.
Beliau juga berkata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akan menanggung segala kos terlibat untuk pengadil dari Malaysia yang mengadili perlawanan melibatkan pasukan Lions XII (skuad bawah 23 tahun Singapura) dengan 13 pasukan lain dalam saingan Liga Super di negara republik itu

0 comments: